Zaman pertengahan Gambaran budaya terhadap anjing

Perincian anjing.Perkahwinan Arnolfini (1434) oleh Jan van Eyck.

Secara amnya, anjing melambangkan kepercayaan dan kesetiaan.[3] Anjing, apabila disertakan dalam sebuah lukisan alergori, menggambarkan atribut kesetiaan yang dipersonifikasi.[4] Dalam potret pasangan yang sudah berkahwin, seekor anjing diletakkan di atas pangkuan seorang wanita atau di kakinya boleh mewakili kesetiaan perkahwinan. Sekiranya potret adalah tentang seorang janda, anjing boleh mewakilinya meneruskan kesetiaan terhadap ingatan tentang mendiang suaminya.[3]

Salah satu contoh anjing mewakili kesetiaan perkahwinan hadir dalam "Potret Arnolfini" oleh Jan van Eyck. Sebuah lukisan minyak di atas panel oak bertarikh 1434 oleh pelukis Belanda Awal Jan van Eyck, merupakan sebuah potret berganda panjang penuh kecil,[5] yang dipercayai mewakili saudagar dari Itali Giovanni di Nicolao Arnolfini dan isterinya,[6] mungkin di dalam rumah mereka di bandar raya Bruges di Flanders. Potret itu menggambarkan adegan perkahwinan, yang melibatkan orang diundang untuk menyaksikan upacara yang boleh dilihat pada cermin cembung di belakang, cermin melambangkan mata Tuhan. Pada masa itu orang tidak selalu berkahwin di dalam gereja, kerana dua saksi yang hadir adalah cukup untuk mengesahkan perkahwinan. Sebilangan lambang boleh dijumpai dalam gambar: buah, lambang kesuburan dan kekayaan, kasut ditanggalkan (ini ialah tempat suci), dan anjing. Buah oren yang secara bersahaja diletakkan di kiri ialah tanda kekayaan; buah itu adalah sangat mahal di Burgundy, dan mungkin merupakan salah satu item yang diurus niaga oleh Arnolfini. Anjing kecil itu melambangkan kesetiaan dalam ikonografi Zaman Pertengahan,[5] atau boleh dilihat sebagai lambang hawa nafsu, menandakan keinginan pasangan untuk mempunyai anak.[7] Tidak seperti pasangan itu, anjing itu melihat keluar untuk menemui renungan pelihat.[8] Anjing itu boleh juga hanya merupakan anjing riba, hadiah daripada suami kepada isteri. Ramai wanita kaya di dalam seisi istana mempunyai anjing riba sebagai teman. Dalam kes itu, anjing boleh mencerminkan kekayaan atau status sosial.[9] Semasa Zaman Pertengahan, imej anjing kerap diukir pada batu nisan untuk mewakili kesetiaan feudal atau kesetiaan perkahwinan si mati.[10]

Adegan perburuan

Pisanello (1395–1455), adegan perburuan dengan anjing.Buku Perburuan, Buku anjing pemburu Perancis.

Adegan perburuan ialah topik am dalam seni Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Perburuan dalam Zaman Pertengahan ialah sukan yang eksklusif kepada bangsawan dan perburuan ialah bahagian penting dalam etiket istana. Anjing pemburu berkenaan berhubungan dengan aristokrasi. Perburuan dianggap sebagai sukan, tetapi juga sebagai cara untuk menunjukkan keberanian, kemurnian kesatria sementara memburu mangsa berbahaya seperti babi hutan dan beruang. Anjing pemburu membolehkan manusia untuk mengejar dan membunuh mangsa yang tanpanya perburuan adalah sangat sukar atau berbahaya. Baka anjing berlainan digunakan untuk jenis perburuan berlainan. Perburuan dengan anjing adalah sangat popular sehingga semasa Zaman Pertengahan, beruang liar pada Zaman Pertengahan sudah pun diburu sehingga kepupusan di England.

Sungguhpun pembelajinakan haiwan menjadi agak meluas dan selepas kemajuan pertanian, perburuan biasanya merupakan penyumbang ketara kepada bekalan makanan manusia. Perburuan juga memenuhi keperluan amali, pemastian makanan untuk meja kebangsawanan. Bangsawan membelanjakan wang mereka untuk kawanan anjing pemburu yang dibiakbakakan secara khas adalah biasa juga. Gaston Phoebus (30 April 1331 – 1391) mengarang sebuah buku panduan dan ada beberapa dewangga dari masa yang menggambarkan adegan perburuan.[11] Sungguhpun kebangsawanan ialah perburuan, perburuan telah dilarang kepada hamba, petani dan juga paderi Gereja Katolik Rom. Lalu, Corpus Juris Canonici (C. ii, X, De cleric. venat.) mengatakan, "Kami melarang kepada semua hamba Tuhan perburuan dan ekspedisi melalui hutan dengan anjing pemburu; dan kami juga melarang mereka untuk membela helang sikap atau falkon." Majlis Lateran Keempat, dipegang di bawah Paus Innocent III, mendekrikan (kanun xv): "Kami memerintahkan larangan terhadap pemburuan atau penghelangan kepada semua paderi." Dekri Majlis Trent dikatakan dengan lebih sederhana: "Benarkan paderi berkecuali daripada pemburuan dan penghelangan haram" (Sess. XXIV, De reform., c. xii), yang kelihatan mengimplikasi bahawa bukan semua pemburuan adalah haram, dan pakar kanun secara amnya membuat pembezaan mengisytiharkan pemburuan bising (clamorosa) haram, tetapi bukan pemburuan senyap (quieta). Lalu, anjing pemburu jarang digambarkan menemani paderi, tetapi sangat kerap menemai yang dalam kelas sosial tertinggi masyarakat itu.

Dalam heraldik

Jata Wangsa Tudor.Jata bandar Ebes, di Hungary.

Dalam monarki, aristokrasi ialah kelas orang yang sama ada memiliki gelaran turun-temurun yang dianugerahkan oleh monarka atau berkaitan dengan orang sedemikian, dan disebabkan oleh hubungan spesifik aristokrat engan anjing pemburu, anjing kerap ditunjukkan sebagai lambang dalam jata-jata dipakai para bangsawan. Pada Zaman Pertengahan hujung dan Zaman Pembaharuan, ilmu jata menjadi disiplin yang sangat terkembang. Anjing pelbagai jenis, dan kadang-kadang baka tertentu, hadir sebagai caj dan penyokong dalam banyak jata, dan kerap melambangkan keberanian, kewaspadaan, kesetiaan dan fideliti.[12]

Tiga gelaran enkaustik bertarikh kembali dari abad ke-15 menonjolkan seekor anjing pemburu putih, gencana keluarga Talbot dan inskripsi "Sir John Talbot" (Earl Ke-1 Shrewsbury). Sebahagian daripada satu set empat, jubin-jubinnya mungkin pada asalnya digunakan pada lantai gereja. Istilah talbot digunakan dalam heraldik untuk merujuk anjing pemburu berperilaku baik. Anjing Talbot selalu menggambarkan jata Talbot dan merupakan anjing pemburu asli sebagai lambang heraldik Inggeris. Ia dipotretkan dalam gencana keluarga bagi beberapa keluarga bangsawan Jerman an sekurang-kurangnya tujuha lagi keluarga Inggeris.[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Gambaran budaya terhadap anjing http://www.artandantiquesmag.com/2012/02/dog-star/ http://www.bonhams.com/eur/auction/14971/lot/12/ http://www.dogpainting.com/info_detail.cfm?type=re... http://books.google.com/books?id=fLjd0fyT0_IC http://moderndogmagazine.com/articles/picassos-dog... http://www.petcentric.com/read/articles/dogs-in-ar... http://www.questia.com/read/1G1-74628439/who-let-t... http://www.ralphlaurenhome.com/design/art_gallery_... http://www.scottish-wedding-dreams.com/heraldic-an... http://www.earlham.edu/~peters/writing/rudeness.ht...